Interest: Soccer, wrestling, rock music, Kamen Rider, Watching J-Drama, Anime
Fav Singer: Ken Hirai, Alicia Keys. Ayaka, Utada Hikaru
Fav band: Our Lady Peace, Jealkb, TOKIO, Motohead, Drowning Pool, System Of The Down, Saliva, Disturbed, Fozzy, Boys Hit Car, Boiling for soup.
Fav actor and actress: Stephen Chow Sing Chi, Jet Li, Jacky Chan, Kimura Takuya, Naohito Fujuki, Headeki Takizawa, Tomoya Nagase, Jun Matsumoto, Takako Tokiwa, Chermine Sheh Shi Man, Shu Qi, Francis Ng, Angelina Jolie.
Fav. footballer: Hidetoshi Nakata, Fabio Cannavaro, Adrian Mutu, Raul, Juan Veron, Totti.
About me:-
I'm such a happy-go-lucky kind of girl. I'd used to call myself as Ami. I hate for being call as 'Siti' or 'Mira' 'coz that name shows me so feminine than my real lifestyle. I'm such an aggressive, man-act and brutal (err...) kind of girl. I'm grown up as a 100 percent tomboy but there is still feminine blood in me. When I'm hang out with my friends, my eyes keep on searching for a handsome guy (smile). My friend always asking me about what kind of man do I like. Well, my taste in man is just eclectic as my style. There is a whole combination of things I look for in a guy. He has to be laid back, but not lazy; assertive and very positive. I like man who are spontaneous and can adapt to any situation that arises. And I like someone who I can talk to, about the worst things-someone who will be supportive and listen. I definitely don't have specific characteristics I look for. If I were see 100 guys and choose 10 who I thought were attractive, they'd all look different. It's something I feel in their aura
Hari ni aku ke The Lagend Water Chaletes. Bilik dan suasana kat sini mmg best la. Walaupun abah tak brapa sihat but kami still have fun together ^^
BTW, tahun ni birthday aku tak de kek.............. sian aku kan.. haha^^ Tak pe, aku tak brapa heren sangat ngan kek sebab aku pun sememangnya tak brapa suka ngan kek..
Abah dan mak di pagi raya. Baget pose ala pengantin.... gediks tawwww.. hahah~
Aduh........... tahun ni memang dasat sungguh la. Rumah aku penuh dengan manusia dari jam 11.30 pagi hingga lah pukul 12 tengah malam. Penat tak terhingga. Banyak betul kerja kena buat. Aku masak burger (menu rasmi keluarga En. Abd Aziz ni hocay~). Busy sampai ler tengah malam. Kak Ija pun leh tahan busy.
Kalau kami bukak kedai, memang untung kaw kaw punya. Bayangkan. Burger hampir 200 biji. Mee kari 4.5kg (mee kuning nyer la) pastu disebabkan tak cukup kami kena goreng plak bihun sampai 3 peket. Rendang, ketupat sumer licin.......... air 26.5 liter (air strawberi berkarbonat 10 liter, air kosong 5.5 liter, air sirap 11 liter).
Dalam pukul 2pm tu, rumah aku terlalu padat sampai takde ruang nak duduk. Tu pasal ramai saudara mara yg balik awal sebab kepanasan. Selalunya mereka ni suka lepak kat umah aku lama-lama. Tak pe la... rumah aku tu dah ler kecik, dorang duk lelama pun tak selesa. Kesian dorang..........
Buat semua, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ^___^
Penat selepas 2 hari berkemas rumah macam orang gila.
Pagi raya aku dapat makan juadah yang setahun sekali je dihidangkan.
Pagi raya juga la aku dapat bermaaf-maafan dengan mak dan abah.
Rasa happy sebab dah berapa tahun berturut-turut Wawa beraya kat rumah ni. Sangat penting untuk aku melihat Adrianna Khaleeda berbaju kurung dan buat aksi comel depan atuk dan nenek. She is my precious~
Pagi raya tadi jugak aku dapat amil gambar satu famili. Oh... minus Mir sebab time tu aku tatau dia wat apa dalam bilik. Lambat sangat... no time nak tunggu ko bersolek ala puteri hocay~
Jadual tahun ni berubah sedikit selepas makcik meninggal dunia. Selalunya pagi-pagi kami akan ke Dusun Tua beraya kat rumah arwah. Tapi tahun berbeza.......
Destinasi pertama rumah Mak Usu. Ramainya manusiaaaaaaaaaaaaaaaaa~ Aku tak makan banyak. Cuma makan sayur goreng je sebab tadi kat umah mak tak masak sayur tu. Kenalah melahap kat rumah orang lain... hahaha~
Destinasi kedua rumah Mak Teh. Tak makan jugak. Jamah kuih jek. Dapat jumpa si Haikal. Dengan rasa happy dia meyelongkar semua alat permainan dia untuk dikongsi bersama Adrianna. Si bunga buat bodo jek.... penat lah si kumbang introduce setiap satu alat permainannya. Si bunga hanya tertarik ngan topeng Ultraman....... ekekekek
Destinasi ketiga kat rumah Mak Ngah. Kat sini tak boleh tak makan. Hanya kat sini jek aku boleh melantak lontong yang sedap dan tadi aku dapat menjamahnya. Memang sedapppppppppppp.......... Kat sini jugak aku dapat melelapkan mata akibat pening kepala tahan gaban. Bila bangun jek baru aku sedar............ perghhhhhh.... ramainya orang!
Seterusnya kami pulang ke Dusun Tua. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh sepupu-sepupu ku yg bertiga... ops... tolak satu sebab lagi sorang pi balik rumah sewa ambil barang. Sebaik saja aku melangkah masuk ke rumah pusaka tu, air mata ku hampir-hampir menitis. Tiada suara arwah makcik yang menyambut kami.......... terasa kosong sangat. Masa tu baru aku sedar yang aku merindui arwah. Kali terakhir kami bersua muka pada 29 Julai yang lepas dan pada 12 Ogos 2009 arwah meninggalkan dunia ini. Sempat juga aku dan Wawa menangkap gambar kenang-kenangan di rumah itu. Wawa macam biasa buat pelbagai pose..... baget model la tuh.. wakakakak~
Jam 7 pm aku baru pulang dari berhari raya kat kampung. Rasa penat dan mengantuk + pening kepala. Lepas makan panadol, aku terus tidur. Bangun jek trus pi mandi, makan dan bukak pc ^____^
Esok rumah aku akan buat rumah terbuka. Semua dijemput hadir. Tapi kan......... rumah aku ni, kalo takat keluarga je yang datang pun, rumah aku memang akan padat sepada-padatnya...... esok aku dan kak ija akan bersedia dengan kerja-kerja yang akan dilambakkan pada kami. Oh...... sejak Wawa kawen hingga kini kami menggunakan pinggan, mangkuk, cawan kertas. Jujur aku cakap, time macam ni memang tak de orang yg akan sempat ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk tu semua!
Selalu orang bagi perumpamaan ni kat manusia yg buat bising samada meleter, marah or bising tanpa sebab.
Kalau kita seorang yang bijak pandai, IQ tinggi, fikiran very positive dan tahap minda 1st class watsoever, kita akan cuba fikir kenapa anjing tu menyalak tanpa henti. Bukan sekadar memerhati dan fikir yang anjing berkenaan sangat bising dan menyusahkan. Ada kalanya anjing tu menyalak sebab nak bagitau bukit tu nak runtuh ka. Ada budak sesat kat bukit tu ka. Pelbagai alasan mengapa anjing tu menyalak. Anjing tu pun bukannyer bodoh nak menyalak tanpa sebab kan? Buang ayaq liur dia jak.
Pernah tak pikir bila kita lalu depan rumah orang yang bela anjing, kenapa anjing tu menyalak kaw kaw punya? Aku fikir dia nak alert kat kita suh kita jangan mai dekat dekat beno ngan umah tuan dia ni. Kang dia geget kang kita gak susah. "Syoh syoh.. pi jalan jejauh sket arr... " kata anjing berkenaan. Ya kan? Tak mustahil kan?
Pernah dengar kisah anjing peliharaan menyelamatkan tuan dia dari rumah mereka dilanda kebakaran ketika sedang tidur? Ya... kalau anjing tu tak menyalak kuat-kuat, korang baget tuan dia yg tido cam org mati tu leh bangun ke kalo sekadar terhidu bau asap? Barking as loud as he can to make sure his owner wake up and run.
Pernah tak pikir kalau anjing tu lapar apa aksi dia? Menyalak la kan.
"Tuan.... saye lapooooooo nasikkkkkkkkkkkkkkkkkk....... tak de nasik
beskut pun buleyyyyyy~" Kalo dia tak menyalak, ada baget anjing tu
dapan makan on time?
Begitu juga dengan manusia. Ingat mak pak marah tu baget dorang macam anjing tengah menyalak ke? Dorang marah tanpa reason ke?
Kalau orang lain marah pun, ingat dorang nak marah ko suka suki ke? Kalau dah kena tegur tapi diri sendiri tak mau pikir dan meneliti keadaan diri tu... hmm... memang payah la. Tu mmg tahap bodoh piang punya manusia. Bila dah bodo piang tu jangan ler tambah minyak dalam api. Tu yang cerita jadik panjang. Bila dah jadik panjang, mulalah ko nak jadik attention whore dalam fesbuk....... eh, cam lain jek crite neh.. wakakak~
Anjing bodoh tak paham bahasa:-
Anjing jenis ni pulak akan menimbulkan cuak yang berlainan pada kaum sejenisnya dan manusia. Dia buat apa-apa sah sah ikut sukati dia. Memang lah anjing tak de akal, tapi dorang tak bodoh. Cuma ada gak la sesetengah anjing yg bodo piang tahap sanggup makan najis sendiri (geezzz... aku pernah tgk ok.. bodo sungguh anjing ittew).
Kalo bela anjing jenis ni, aku tak tau la pelatih anjing yg pro leh didik dorang. Sebab aku pun tak de bela anjing dan tatau pun pasal menjagaan anjing. Tapi kalo boleh dididik mmg baguih la. Takmo la hari hari marah kat anjing tu yang selalu ignore apa yg tuan dia selalu tegurkan. Takkan hari-hari tuan dia nak marah kat anjing yang dok berak kat living room kan. Takkan anjing tu still tak paham-paham kenapa tuan dia marah. Ingat tuan dia marah-marah tu suka suki je ke? Bodoh betul anjing berkenaan.
Sama jugak dengan manusia. Bila ditegur tapi takleh trime tu bagi aku jenis orang yg leh diibaratkan dengan spesis ajing bodoh ni. Bila dikata bodoh, tak mo plak mengaku. Dok hu ha hu ha kat tempat lain kata diri difitnah, dituduh, diumpat dan lain-lain...... WHT. Bila orang marah dan nak settle cara yang lebih afdal, manusia tu cuba mengelak pulak. Tak ke bodoh namanyer.........
Anjing pengecut:-
Anjing jenis ni pun ada gak. Bukan sumer anjing ni berani hocay. Anjing ni jenis menyalak try nak menyalak sesenyap konon nak bagiatau dia hebat. Hapi bila disergah oleh anjing yang lebih besar, dia terus kecut perut dan menyembunyikan diri.
Macam tu jugaklah ngan manusia spesis pengecut. Kat fesbuk beriya kata brani kerana benar, berani 100%, diri dianiaya, difitnah dan diugut dan kononnya nak report pada pihak yang berkuasa. Tapi hampeh........... cakap je lebih. Cam aku tulis kat atas: "Bila orang marah dan nak settle cara yang lebih afdal, manusia tu cuba mengelak pulak." Kenapa mesti mengelak kalo ko berani dan sememangnya adalah mangsa. Mendiam diri bukan cara terbaik untuk mempertahankan diri. Tapi dengan cuba menyelesaikan dan talk heart to heart is the best way. Dah ko kata ko berani kan. Orang cuma nak jumpa jek... tapi awal-awal ujian keberanian ko dah FAIL~
Tak yah berdegar-degar menarik simpati or perhatian kat laman sosial ko tuh....... very attention whore hocay~ yuck.....
Ah... panjang lebar plak blog aku kali ni.. hahahah..
Semalam dan hari ni nyer punya wall facebook aku penuh dengan komen dan status yang kelakar. For the first time aku gado secara online ngan cousin sendiri... hahaha... now aku rasa soooo kelakar and a bit stupid. Not only me, but for both of us.
Apa pun, kalau dia rasa diri betul, aku trime je la. Yelah... ko betul la... ko je lah yg ada reason yg maha besar dan menyebabkan tiba lewat dari yang sepatutnya.... orang lain free so leh sampai awal pagi... kannnnnnnnnnnnn~
Ades...
Malas nak story lagi. Sebab makin lama aku pulak yg gelakkan each of her word and mine jugak.. haha~
Udah udah ler jadik innocent kat fesbuk tuh. Apa tu ugutan dan try nak crite pasal undang-undang sedangkan you're so stupid utk fikir pasal benda yg kecil pun... hahaha ^^
Maghrib semalam Mak Lang meninggal dunia di HUKM. Kami dapat tahu dalam pukul 8 malam. Masa tu kami dalam kedai. Mak nak beli beberapa barang keperluan. Sebaik saja aku dapat panggilan telefon, aku terus bagitau mak. Mak terus tak de mood nak beli barang. Kami terus balik ambil abah dan terus ke Dusun Tua, rumah pusaka keluarga. Sepanjang jalan mak mendiamkan diri. Tengah sedih.
Sampai je kat sana rumah gelap gelita. Anak arwah satu pun tak de yang nak menunggu kat rumah. My cousin, abang Sani panjat tingkap (thank God tingkap rumah kampung..... u know~) dan bukak pintu dari dalam. Kami pun memulakan aktiviti mengemas.
Dalam pukul 11 malam van jenazah pun sampai. Mak dan adik beradiknya menguruskan jenazah.
Satu hal lagi........... kucing arwah 3 hari tak makan!!! Terpaksalah kami masak ikan dan nasi untuk dorang sumer. Kesian aku tengok kucing-kucing tu kelaparan. Mak Usu kata dia dah siapkan biskut kucing dari rumah, tapi terlupa nak bawak masuk kereta. Tak pe la, bukan rezeki kucing tu nak makan biskut.
Kami bertolak balik pukul 12.30am. Kalau nak kira, aku mengantuk sebab dari siang memang aku sibuk dengan kerja. Tapi memandu tu aku tahankan je. Singgah kat kedai makan sahur. Pukul 2.30 baru sampai rumah. Mandi, trus bukak pc nak update apa yang patut... LOL ^^
Alfatihah untuk arwah Siti Normi a.k.a makcik mimi/ mak lang. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin~