|
洋!

Maghrib semalam Mak Lang meninggal dunia di HUKM. Kami dapat tahu dalam pukul 8 malam. Masa tu kami dalam kedai. Mak nak beli beberapa barang keperluan. Sebaik saja aku dapat panggilan telefon, aku terus bagitau mak. Mak terus tak de mood nak beli barang. Kami terus balik ambil abah dan terus ke Dusun Tua, rumah pusaka keluarga. Sepanjang jalan mak mendiamkan diri. Tengah sedih.
Sampai je kat sana rumah gelap gelita. Anak arwah satu pun tak de yang nak menunggu kat rumah. My cousin, abang Sani panjat tingkap (thank God tingkap rumah kampung..... u know~) dan bukak pintu dari dalam. Kami pun memulakan aktiviti mengemas.
Dalam pukul 11 malam van jenazah pun sampai. Mak dan adik beradiknya menguruskan jenazah.
Satu hal lagi........... kucing arwah 3 hari tak makan!!! Terpaksalah kami masak ikan dan nasi untuk dorang sumer. Kesian aku tengok kucing-kucing tu kelaparan. Mak Usu kata dia dah siapkan biskut kucing dari rumah, tapi terlupa nak bawak masuk kereta. Tak pe la, bukan rezeki kucing tu nak makan biskut.
Kami bertolak balik pukul 12.30am. Kalau nak kira, aku mengantuk sebab dari siang memang aku sibuk dengan kerja. Tapi memandu tu aku tahankan je. Singgah kat kedai makan sahur. Pukul 2.30 baru sampai rumah. Mandi, trus bukak pc nak update apa yang patut... LOL ^^
Alfatihah untuk arwah Siti Normi a.k.a makcik mimi/ mak lang. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin~
バイバイ
|