Entry: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sunday, September 20, 2009



洋!


Penat selepas 2 hari berkemas rumah macam orang gila.

Pagi raya aku dapat makan juadah yang setahun sekali je dihidangkan.

Pagi raya  juga la aku dapat bermaaf-maafan dengan mak dan abah.

Rasa happy sebab dah berapa tahun berturut-turut Wawa beraya kat rumah ni. Sangat penting untuk aku melihat Adrianna Khaleeda berbaju kurung dan buat aksi comel depan atuk dan nenek. She is my precious~

Pagi raya tadi jugak aku dapat amil gambar satu famili. Oh... minus Mir sebab time tu aku tatau dia wat apa dalam bilik. Lambat sangat... no time nak tunggu ko bersolek ala puteri hocay~

Jadual tahun ni berubah sedikit selepas makcik meninggal dunia. Selalunya pagi-pagi kami akan ke Dusun Tua beraya kat rumah arwah. Tapi tahun berbeza.......

Destinasi pertama rumah Mak Usu. Ramainya manusiaaaaaaaaaaaaaaaaa~ Aku tak makan banyak. Cuma makan sayur goreng je sebab tadi kat umah mak tak masak sayur tu. Kenalah melahap kat rumah orang lain... hahaha~

Destinasi kedua rumah Mak Teh. Tak makan jugak. Jamah kuih jek. Dapat jumpa si Haikal. Dengan rasa happy dia meyelongkar semua alat permainan dia untuk dikongsi bersama Adrianna. Si bunga buat bodo jek.... penat lah si kumbang introduce setiap satu alat permainannya. Si bunga hanya tertarik ngan topeng Ultraman....... ekekekek

Destinasi ketiga kat rumah Mak Ngah. Kat sini tak boleh tak makan. Hanya kat sini jek aku boleh melantak lontong yang sedap dan tadi aku dapat menjamahnya. Memang sedapppppppppppp.......... Kat sini jugak aku dapat melelapkan mata akibat pening kepala tahan gaban. Bila bangun jek baru aku sedar............ perghhhhhh.... ramainya orang!

Seterusnya kami pulang ke Dusun Tua. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh sepupu-sepupu ku yg bertiga... ops... tolak satu sebab lagi sorang pi balik rumah sewa ambil barang. Sebaik saja aku melangkah masuk ke rumah pusaka tu, air mata ku hampir-hampir menitis. Tiada suara arwah makcik yang menyambut kami.......... terasa kosong sangat. Masa tu baru aku sedar yang aku merindui arwah. Kali terakhir kami bersua muka pada 29 Julai yang lepas dan pada 12 Ogos 2009 arwah meninggalkan dunia ini. Sempat juga aku dan Wawa menangkap gambar kenang-kenangan di rumah itu. Wawa macam biasa buat pelbagai pose..... baget model la tuh.. wakakakak~

Jam 7 pm aku baru pulang dari berhari raya kat kampung. Rasa penat dan mengantuk + pening kepala. Lepas makan panadol, aku terus tidur. Bangun jek trus pi mandi, makan dan bukak pc ^____^


Esok rumah aku akan buat rumah terbuka. Semua dijemput hadir. Tapi kan......... rumah aku ni, kalo takat keluarga je yang datang pun, rumah aku memang akan padat sepada-padatnya...... esok aku dan kak ija akan bersedia dengan kerja-kerja yang akan dilambakkan pada kami. Oh...... sejak Wawa kawen hingga kini kami menggunakan pinggan, mangkuk, cawan kertas. Jujur aku cakap, time macam ni memang tak de orang yg akan sempat ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk tu semua!

Selamat Hari Raya ^^








バイバイ

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments